Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

82

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Laporan non-farm payroll (NFP) dijangka akan menunjukkan peningkatan sebanyak 180,000 pada bulan Mac, berbanding dengan 235,000 pada bulan yang lalu. Menurut satu tinjauan Reuters, pakar ekonomi buat masa ini mengukuhkan jangkaan kenaikan kadar sebanyak dua kali lagi pada tahun ini. Dengan pasaran pekerjaan sudah berada atau hampir dengan gunatenaga-penuh (full-employment), The Fed dilihat tidak akan terkesan laporan pekerjaan malam ini walaupun data yang dikeluarkan lemah dari jangkaan.

2) Vladimir Putin mengkritik serangan Amerika Syarikat ke atas Syria pada Khamis. Serangan ini adalah tindak balas AS terhadap penggunaan senjata kimia oleh rejim Bashar yang disifatkan Trump sebagai ‘tidak berperikemanusiaan’.

3) Serangan AS terhadap Syria telah memberi impak kepada pasaran global, khususnya Yen dan Emas. Yen dan Emas menguat selepas serangan tersebut mencetuskan sentimen ‘risk-off‘ dalam kalangan pelabur. Selain daripada itu, bon 10-tahun AS turut mendapat permintaan yang tinggi yang menyebabkan hasil bon tersebut susut.

4) Trump dan Xi dijangka akan memulakan perbincangan tentang perdagangan dan polisi asing pada Jumaat, selepas berada dalam majlis makan malam pada Khamis. Trump sebelum ini telah mengkritik China menjalankan perdagangan yang tidak adil dengan AS dan melabel China sebagai memanipulasi matawang. Menurut laporan, Xi Jinping sudi untuk bekerja bersama Trump untuk mengeratkan lagi hubungan kedua negara dalam pelaburan, infrastruktur dan sektor tenaga.

5) Berita serangan AS ke atas Syria turut menolak harga minyak mentah global ke paras tertinggi. Berita tersebut telah menyebabkan lonjakan komoditi ini sebanyak 2% dalam sesi Asia hari ini. Kini minyak WTI didagang di sekitar $52.81 setong, manakala minyak Brent di sekitar $55.71 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat