Minit Mesyuarat Fed Goncangkan Pasaran Saham Dunia

660

Saham Amerika Syarikat (AS) jatuh sementara hasil perbendaharaan naik selepas pelabur mencerna minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) yang menyaksikan rancangan kenaikan kadar lebih cepat dan pengurangan pegangan aset bagi mengimbangi inflasi yang tinggi.

Laporan minit tersebut menyaksikan peralihan Fed ke arah lebih hawkish dalam polisi monetarinya dan penggubal dasar bersetuju untuk menyegerakan penamatan program pembelian bon era pandemik serta menjangkakan kenaikan kadar 3 suku peratusan mata pada 2022.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 392.54 mata atau 1.07% pada 36,407.11, S&P 500 turun 92.96 mata atau 1.94% pada 4,700.58 dan Nasdaq Composite susut 522.54 mata atau 3.34% pada 15,100.17, yang diheret turun oleh saham gergasi teknologi seperti Apple Inc, Alphabet Inc Google, Amazon.com, Meta Platorms dan Microsoft Corp.

Dalam pada itu, hasil 2 tahun dan 5 tahun AS melonjak ke paras tertinggi sejak Mac dan Febuary 2020 dan penanda aras hasil 10 tahun AS memuncak 1.7% sejak April 2021 sementara hasil 30 tahun mencapai paras tertinggi melebihi 2 bulan.

Dolar AS jatuh pada Rabu namun mengurangkan kerugian kepada penurunan 0.091%.

Harga minyak mentah naik 0.09% pada $77.06 setong dan minyak Brent tambah 0.1% pada $80.08.

Spot emas susut 0.3% pada $1,809.58 per auns dan niaga hadapan emas naik 0.06% pada $1,824.60 per auns.

Bitcoin susut 3.5% pada $44,201 namun nota penyelidikan Goldman Sachs menyatakan bahawa Bitcoin mungkin akan mengambil bahagian dalam pasaran daripada emas sebagai ‘penyimpan nilai’ apabila aset digital semakin diterima pakai dan harganya boleh mencecah $100,000 dalam tempoh 5 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat