Netflix Hilang Hampir 1 Juta Pelanggan Pada Suku Kedua

146

‘Netflix nampaknya bersiap sedia untuk rampas kembali takhta raja penstriman dunia.’

Gergasi penstriman Netflix mencatat laporan syarikat suku ke-2 (Q2) yang ‘berjaya mengelak senario terburuknya’, dengan kehilangan kurang 1 juta jumlah langganan pengguna.

Difahamkan bahawa syarikat mengunjurkan kehilangan sebanyak 2 juta langganan pengguna bagi 2Q semasa April namun laporan baru menyaksikan ia mencatat penurunan sebanyak 970,000 sahaja.

Ia secara tidak langsung meredakan kebimbangan Wall Street sebelum ini yang khuatir bahawa ledakan TV penstriman akan berakhir.

Saham Netflix yang setakat tahun ini susut 67%, memperlihatkan peningkatan 8% sebaik laporan tersebut diterbitkan dan memberi isyarat kepada pelabur bahawa syarikat masih berdaya tahan walaupun ekonomi global bergelora.

Ulas Ketua Eksekutif Netflix, Reed Hastings, masih terlalu awal untuk meraikannya namun melihat ke hadapan syarikat percaya industri penstriman akan bullish semula.

Tambahnya, syarikat memuji siri fiksyen ‘Stranger Things’ yang mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah Netflix dan merancang untuk menawarkan lebih banyak kandungan sedemikian pada masa depan untuk menarik perhatian pelanggan.

Dalam pada itu Micheal Pachter dari Wedbush Securities mengatakan saham Netflix meningkat kerana ia menurunkan tarafnya ekoran pertumbuhan yang perlahan selain faktor pengurangan kos dan aliran tunai percuma dengan ketara tahun depan.

Sungguhpun begitu, mengiringi peningkatan Netflix adalah saham Roku Inc yang naik 2.7% sementara Walt Disney Co dan Paramount Global masing-masing lonjak 1%.

Pada sisi berbeza, bagi suku seterusnya Netflix meletakkan unjuran pertumbuhan langganan pengguna cecah 1 juta sementara penganalisis Wall Street mempertaruhkan 1.84 juta berdasarkan sumber undian Refinitiv.

Menyingkap Isi Laporan 2Q Netflix

Bagi 2Q, hasil syarikat meningkat 9% pada $7.97 bilion ekoran pengukuhan nilai dolar namun masih dibawah jangkaan penganalisis pada $8.04 bilion.

Selain itu, bagi tempoh April ke Jun pendapatan sesaham Netflix bernilai $3.20 di atas konsensus Wall Street pada $2.94.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat