Nomura Kekal Positif Terhadap Prestasi Hutang Kerajaan Malaysia Tahun Ini

77

Perbelanjaan defisit kerajaan Malaysia mencecah RM34 billion sehingga Jun 2017 yang mana dilihat masih kekal terhad seperti yang ditunjukkan oleh bahagian penyelidikan pasaran global Nomura.

Nomura berkata RM34 billion berada dalam julat yang hampir dengan sasaran bajet sepanjang tahun RM40.3 billion, oleh itu, hal ini memberi sedikit keraguan kepada usaha untuk mengurangkan hutang-hutang semasa.

“Namun, pendapat kami adalah pengalaman tahun lalu menunjukkan risiko terhadap kemelesetan fiskal kekal terhad.”

Nomura masih menjangkakan Malaysia akan mencapai sasaran defisit 3% kepada KDNK tahun ini walaupun ia telah melebihi sasaran pada separuh pertama 2017.

“Seperti tahun lalu, kami percaya kerajaan akan dapat mengurangkan hutangnya dengan signifikan pada separuh kedua 2017 dan kami juga tidak menjangka ia akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan, yang telah banyak mendapat sokongan daripada sektor eksport,” tegas Nomura.

Kementerian Kewangan juga telah mengemaskini prestasi ekonomi Malaysia pada suku pertama 2017 yang banyak disebabkan oleh pendapatan cukai daripada petroleum yang jatuh sebanyak 61.1%. Hal ini adalah disebabkan oleh harga Brent pada separuh kedua 2016 ($49 setong).

Kutipan cukai pendapatan individu dan cukai barangan/perkhidmatan (GST) juga merosot pada suku pertama walaupun dengan pertumbuhan ekonomi (GDP) yang tinggi sebanyak 5.6%.

Walaubagaimanapun terdapat isyarat jumlah bersih perbelanjaan yang perlahan dengan peningkatanhanya 1.6% pada separuh pertama 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat