Pasaran Saham Mula Lali Dengan Risiko Kenaikan Kadar Faedah

147

Pasaran saham global mengurangkan kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah dengan ledakan pada saham teknologi sementara sebahagian daripada keluk hasil perbendaharaan memberi isyarat risiko kemelesetan.

Pasaran Wall Street yang bergelora menyaksikan ia mencapai paras lebih tinggi, didorong oleh saham Tesla yang lonjak ekoran berita mengenai syarikat tersebut yang akan mendapatkan kelulusan pelabur untuk pembahagian saham.

Namun, beberapa penganalisis menyatakan aliran saham tersebut mungkin tidak kekal kerana kadar faedah mungkin akan meningkat lebih tinggi tahun ini, seterusnya melembabkan pertumbuhan ekonomi.

Menurut Lisa Shalett, ketua pelaburan Morgan Stanley Wealth Management, ia adalah tempoh 2 minggu yang mengelirukan di mana indeks teknologi Nasdaq membuat lantunan kuat, namun pada masa yang sama kadar faedah melompat ke paras tertinggi.

Tambahnya, memandangkan keluk hasil ini menuju ke arah penyongsangan, maka lantunan baru pada saham teknologi mungkin akan terhenti.

Indeks Nasdaq Composite lonjak 1.31%, indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.27% dan S&P 500 capai 0.71%.

Tolok indeks MSCI saham seluruh dunia mekar 0.39%.

Bagi pasaran perbendaharaan, keluk hasil bagi perbendaharaan 2 tahun dan 10 tahun membayangkan risiko kemelesetan tinggi walaupun keluk untuk bil 3 bulan dan perbendaharaan 10 tahun masih memperlihatkan pengembangan ekonomi yang kukuh.

Penganalisis pendapatan tetap berkata keluk hasil songsang menunjukkan sesetengah pelabur percayakan bahawa pengetatan dasar Federal Reserve (Fed) akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Hasil perbendaharaan 2 tahun naik 2.334% sementara hasil perbendaharaan 10 tahun susut 2.459% selepas ia lonjak ke paras 2.5% buat kali pertama sejak 2019.

Ringkasan mengenai mata wang, tindakan Bank Pusat Jepun (BOJ) yang komited untuk membeli jumlah tanpa had bon kerajaan telah menyebabkan Yen merosot ke paras terendah 6 tahun.

Yen susut 1.4% berbanding dolar pada 123.87 per dolar selepas ia merosot sebanyak 2.5% pada satu ketika untuk catat penurunan terbesar sehari sejak Mac 2020.

Ringkasan mengenai komoditi, sekatan kawalan pergerakan di Shanghai, China bukan sahaja menjejaskan saham malahan harga minyak ekoran pelabur menjangkakan permintaan lemah.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) turun 9.14% pada $103.49 setong sementara minyak mentah Brent jatuh 9.1% pada $109.70.

Emas melemah 1.35% pada $1,931 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat