Pasti Ramai Trader ‘Masyuk’ Dengan Pasaran Hari Ini

1,208

Sentimen positif pasaran terus memacu matawang berisiko untuk meningkat lebih tinggi ketika sesi dagangan Eropah bermula.

Pasaran menyambut baik berita mengenai Presiden Donald Trump yang menerima permulaan peralihan untuk pentadbiran Joe Biden mengambil alih White House, yang mungkin termasuk bekas Pengerusi Federal Reserve (Fed), Janet Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan.

Sekiranya Yellen dilantik, ini akan membuka jalan untuk meningkatkan perbelanjaan kerajaan yang diketuai oleh Biden untuk memacu pemulihan dalam ekonomi yang dilanda krisis pandemik Covid-19.

Dolar Aussie melonjak menghampiri tahap tertinggi 3 bulan pada permulaan sesi Eropah susulan kelemahan US dolar walaupun selepas Timbalan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Guy Debelle yang mengatakan kadar faedah mungkin tidak akan dinaikkan dalam tempoh 3 tahun.

Dolar kiwi pula meneruskan kenaikan lebih tinggi pada paras ketinggian 2 setengah tahun selepas kerajaan meminta bank pusat supaya mempertimbangkan untuk memasukkan kestabilan harga rumah sebagai faktor penting dalam dasar monetari.

Hal ini secara tidak langsung mendorong keyakinan pasaran bahawa Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) tidak akan menurunkan kadar faedah kepada negatif.

Sementara itu, dagangan euro turut meningkat menyusuli kejatuhan dolar safe-haven. Peralihan kuasa yang lebih lancar memudahkan usaha pentadbiran Biden untuk memulihkan ekonomi AS.

Matawang pound kembali meningkat menuju paras ketinggian terbaru yang dicapainya pada Isnin, sementara pasaran terus menantikan perkembangan mengenai rundingan perdagangan Brexit.

Di sisi lain, dolar Kanada juga meraih keuntungan susulan penyusutan dolar greenback selain turut disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat