Pelabur Tekan Brek, Betul Ke Ini Bukan Masa Terbaik Beli Ekuiti?

198

Kebangkitan semula dolar menjelang data inflasi dan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) mematahkan rali 7 sesi dagangan ekuiti.

Difahamkan situasi pilihan raya terkini menyaksikan perpecahan dalam Kongres, tidak memberi gambaran baik kepada prospek perbelanjaan dan peraturan fiskal AS.

Ulas ketua strategi pasaran Ameriprise Financial, Anthony Saglimbene, kegagalan parti Demokrat atau Republikan dalam menguasai Kongres bermaksud pepecahan kerajaan untuk tempoh 2 tahun akan datang.

Ia menandakan bakal berlaku percanggahan dalam agenda, dan walaupun tidak mengubah perbelanjaan namun perkara ini boleh menghadkan sebarang peningkatan ketara dalam perbelanjaan.

Dalam pada itu, terbitan data indeks harga pengguna (CPI) yang dijangka keluar malam ini turut menyumbang faktor kemerosotan pada aset berisiko.

Satu tinjauan penganalisis ekonomi meramalkan inflasi AS pada asas bulanan dan tahunan turun ke 0.5% dan 6.5%, namun berdasarkan komen hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell ia tidak mengubah sentimen kebimbangan.

Jelas ketua strategi pelaburan State Street Global Advisors,  Michael Arone, pelabur mengharapkan data inflasi mampu mencerminkan usaha yang dibuat bank pusat dan andai tidak maka pasaran akan terus berada dalam ketidaktentuan.

Rentetan itu, Arone berpegang teguh pada komen agresif Powell dan meramalkan Fed melaksanakan kenaikan kadar agresif walau apa pun keputusan bacaan inflasi.

Hasilnya, indeks Dow Jones Industrial jatuh 1.6% sementara S&P 500 susut 1.74% dan Nasdaq Composite turun 2.16%.

Indeks STOXX 600 Eropah turun 0.30% dan tolok MSCI saham global susut 1.41%.

Dagangan Asia pula memperlihatkan Nikkei 225 Jepun turun 0.9%, Topix jatuh 0.65%, Kospi Korea Selatan junam 0.53%, S&P/ASX 200 Australia susut 0.43% dan tolok MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun hilang 0.2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat