Pengumuman Tesla Ini Jadi Punca Indeks Nasdaq Wall Street Cemerlang

333

‘Makin murah saham Tesla lepas ni. Ada yang berminat nak beli ke?’

Pada Isnin (Selasa pagi waktu tempatan) Tesla Inc mengumumkan bahawa ia akan mendapatkan kelulusan pelabur bagi rancangan pembahagian saham buat kali ke-2 dalam masa 2 tahun, seterusnya mendorong lonjakan indeks teknologi Wall Street.

Menurut pemfailan Tesla, ia akan mengadakan undian pada mesyuarat pemegang saham tahunannya yang akan datang, bagi menambah bilangan saham yang dibenarkan untuk pembahagian saham.

Menerusi Twitter rasmi Tesla, ia mengesahkan rancangan syarikat untuk mendapatkan kelulusan para pemegang sahamnya.

Ekoran daripada itu, saham Tesla lonjak 4.9% pada US$1,059.85 semasa sesi di New York.

Pihak Tesla dikatakan akan mengeluarkan kenyataan proksi definitif dengan butiran termasuk tarikh dan lokasi mesyuarat tahunan pada kemudian hari.

Dalam pada itu, andai rancangan pembahagian saham Tesla diluluskan oleh lembaga pengarahnya, ia akan menyaksikan syarikat kereta eletrik itu menyertai firma-firma Amerika Syarikat (AS) lain yang turut sama berbuat sedemikian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Terdahulu, Apple Inc dan Nvidia Corp telah membuat pembahagian saham dalam tempoh 2 tahun lepas, kemudian diikuti oleh Amazon.com Inc serta Google milik Alphabet Inc.

Sebagai pengetahuan, pembahagian saham dibuat bagi menarik perhatian lebih banyak pelabur ekoran ia akan menjadikan harga saham lebih murah.

Nota penyelidikan Bank of Amerika (BofA) Global Research berkata bahawa pembahagian saham ‘memiliki sejarah bullish‘ buat syarikat yang melaksanakannya, dengan saham mereka menandakan pulangan purata sebanyak 25% setahun berbanding 9% bagi keseluruhan pasaran.

Ketika Tesla membuat pembahagian 5/1 saham pertama kalinya pada Ogos 2020, saham syarikat tersebut telah meledak tinggi dan ditambahkan pada indeks S&P 500 pada tahun itu.

Daniel Ives, penganalisis Wedbush Securities, menjangkakan unjuran positif daripada tindakan pembahagian saham Tesla tersebut dan menilai saham Tesla sebagai ‘beli’ dengan sasaran harga pada $1,400.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat