PENTING: Tinjauan Menunjukkan Parti Konservatif Boleh Kehilangan Majoriti, GBP Terus Menjunam

96

Theresa May dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum United Kingdom menurut keputusan tinjauan terkini yang mengejutkan.

Tunjauan Yougov oleh The Times menjangkakan Parti Konservatif akan kalah sebanyak 20 kerusi dan status majoriti semasa berkemungkinan sukar dicapai, di mana Parti Buruh akan mendapat 28 kerusi.

Analisis kontroversi yang dikeluarkan Yougov ini adalah berdasarkan model yang kompleks dan ia menunjukkan Theresa May seakan berjudi kerana telah mengadakan pilihanraya mengejut. Ia seakan memberi peluang kepada Parti lain untuk mentadbir UK.

Tinjauan Yougov ini menunjukkan Parti Konservatif akan mendapat 310 kerusi, merosot dari 330 kerusi dan akan mengalami kekurangan 16 kerusi untuk majoriti.

Parti buruh pula dijangka akan mendapat 257 kerusi naik dari 229 kerusi ketika ini, manakala Liberal Demorats 10 kerusi naik daripada 1 kerusi.

Keputusan tinjauan ini dikeluarkan selepas Pemimpin Parti Buruh dianggap sebagai seorang yang merendah diri dalam satu temubual televisyen pada Selasa.

Theresa May pula telah melancarkan serangan peribadi kepada Jeremy Corbyn (pemimpin Parti Buruh) yang mana May mengatakan, “Dia akan merasa dirinya telanjang dan sendiri dalam rundingan Brexit.”

Hal inilah yang menyebabkan matawang Gbp menjunam pagi tadi apabila laporan analisis tinjaun ini dikeluarkan. Hal ini menunjukkan, jika Parti Theresa May gagal mengukuhkan kedudukan dalam pilihanraya, ia dianggap akan menyukarkan rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat