Power Sangat ke Filem ‘Black Panther’? Penonton Malaysia Antara Paling Banyak di Asia Tenggara

874

Filem ‘Black Panther’ telah mengaut sehingga lebih daripada US$700 juta di seluruh dunia selepas hanya dua minggu tayangan. Jika pungutan terus meningkat, ia mungkin akan menjadi filem terbaru yang mencecah pungutan $1 billion di samping filem Titanic, Avatar dan lain-lain.

Marvel semakin mengukuhkan kedudukannya di Hollywood dengan filem ‘superhero’ terbaru ini. Untuk menggambarkan betapa berjayanya ‘Black Panther’ cukup kita bandingkan ia dengan satu lagi filem daripada Marvel iaitu ‘Guardians of the Galaxy’ yang mengaut US$773 juta pada tahun 2014 dalam tempoh lima bulan tayangan.

Imax yang menayangkan Black Panther di lebih 60 negara berkata ada penonton yang menonton lebih daripada sekali, iaitu satu kualiti yang hanya dimiliki oleh filem terkemuka. Apa yang banyak menyokong populariti filem ini adalah, pemasaran dari ‘mulut ke mulut’, yang bermaksud ramai penonton recommend Black Panter.

Pasaran terbesar industri perfileman Hollywood sudah tentu China dan Jepun yang banyak menyokong pungutan hasil tayangan termasuk beberapa negara Asia yang lain termasuk Korea Selatan.

Bagi negara Asia Tenggara, Indonesia mengutip sehingga US$9 juta dan jatuh di tempat kedua adalah Malaysia dengan US$8 juta setakat pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat