Resort Terkemuka Tioman Ditutup Sepenuhnya

652

Akibat terjejas dengan penularan wabak COVID-19, salah sebuah resort terkemuka, Berjaya Tioman Resort terpaksa mengambil keputusan yang amat berat setelah lebih 50 tahun beroperasi. Menurut sebuah kenyataan, resort berkenaan akan ditutup sepenuhnya bermula 15 Jun dan akan melaksanakan penstrukturan semula.

Pihak pengurusan resort itu mendedahkan bahawa semua kakitangannya akan diberhentikan dan diberikan pampasan yang melibatkan kos sebanyak RM8 juta. Selain itu, penutupan tersebut adalah berpunca daripada penularan wabak pandemik, COVID-19 yang turut menjejaskan industri pelancongan yang lain.

Walau bagaimanapun, syarikat tersebut akan melaksanakan penstrukturan semula bagi menyelamatkan resort yang sudah beroperasi selama lebih 50 tahun itu. Setelah ianya selesai, mereka akan mula mempertimbangkan untuk membuka peluang pekerjaan yang baru kepada semua kakitangan yang terjejas.

Untuk pengetahuan semua, Berjaya Tioman Resort merupakan sebahagian daripada Berjaya Land Bhd. Di samping itu, Berjaya Land juga mempunyai beberapa buah resort di Langkawi, Pulau Redang, Bukit Tinggi. Bukan itu sahaja! Syarikat tersebut turut memiliki beberapa buah hotel di kawasan Asia dan Eropah. Secara keseluruhannya, mereka mengendalikan 13 buah hotel dan resort di dalam dan luar negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat