Saham Twitter ‘Terciduk’ Lepas Kena Hacked!

338

Saham Twitter Inc turun lebih dari 4% dalam perdagangan pra-pasaran pada hari Khamis, sehari setelah penggodam mendapat akses kepada sistem dalaman syarikat media sosial itu untuk merampas akaun beberapa ahli politik, jutawan, selebriti dan syarikat.

Penggodam berjaya memperoleh twitter milik calon presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, bintang realiti TV, Kim Kardashian, bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan jutawan Elon Musk untuk mempromosikan matawang digital. Berikutan dengan kejadian itu, ianya telah menimbulkan kebimbangan yang ketara mengenai keselamatan di platform yang banyak digunakan.

Menurut Twitter, penggodam menyasarkan para pekerja dengan akses ke sistem dalamannya seterusnya menggunakan akses ini untuk mengawal banyak akaun (termasuk yang disahkan) dan memuatnaik posting bagi pihak mereka.

Oleh itu, Twitter telah menyekat kebanyakan akaun yang disahkan daripada memuatnaik sebarang mesej buat sementara waktu untuk menjalankan penyiasatan terhadap aktiviti penggodaman tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif media sosial berkenaan, Jack Dorsey menyifatkan bahawa hari semalam adalah hari yang sukar bagi semua orang di Twitter dan berjanji untuk berkongsi setiap dapatan daripada penyiasatan yang dijalankan.

Bukan itu sahaja! Akaun berprofil tinggi lain yang digodam termasuk rapper Kanye West, pengasas Amazon, Jeff Bezos, pelabur Warren Buffett, pengasas bersama Microsoft Corp, Bill Gates, dan akaun korporat untuk Uber dan Apple Inc. Beberapa akaun organisasi yang berfokus pada cryptocurrency juga digodam.

Selain itu, rekod blockchain yang dibuka untuk umum menunjukkan bahawa scammer tersebut telah menerima matawang kripto bernilai lebih dari $ 100,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat