Sebab Saham Jatuh, Setengah Trilion Dolar Kekayaan Rakyat AS Lesap

6,656

Kejatuhan mendadak dalam pasaran saham awal tahun ini telah mengakibatkan kekayaan rakyat Amerika merudum.

Menurut data yang dikeluarkan Federal Reserve pada Khamis, nilai bersih isi rumah dan organisasi bukan untung jatuh $0.5 trilion hingga $149.3 trilion pada suku pertama 2022.

Ini menunjukkan perubahan ketara daripada keuntungan kukuh dalam kekayaan yang bermula pada pertengahan 2020, didorong oleh kenaikan harga rumah dan ekuiti.

Penurunan pada suku pertama mencerminkan kemerosotan dalam pasaran saham awal tahun ini yang mengurangkan $3 trilion daripada nilai ekuiti korporat yang dipegang secara langsung dan tidak langsung.

Indeks saham Dow Jones dan S&P 500 masing-masing jatuh hampir 5% dalam tiga bulan pertama, manakala Nasdaq pula merudum hampir 9%.

Ia merupakan prestasi suku tahunan terburuk untuk pasaran sejak suku pertama 2020 apabila wabak Covid-19 melanda ekonomi AS.

Antara faktor yang memberi tekanan pada tahun ini ialah perang Ukraine-Rusia, lonjakan harga minyak, inflasi yang melambung ke paras tertinggi 40 tahun, kenaikan kadar faedah oleh bank pusat AS dan kebimbangan berterusan terhadap pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, penurunan dalam ekuiti sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan $1.7 trilion dalam nilai hartanah dan kadar simpanan peribadi yang tinggi. Isi rumah dan badan bukan untung memegang $44.1 trilion dalam aset hartanah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat