Takut Pelaburan Dicuri, CEO Tron Cairkan Lebih $4 Bilion Dari Aave

4,335

Secara mengejut Aave mencatatkan penyusutan jumlah nilai terkunci (TVL) sekitar 18% pada Jumaat lepas.

Insiden ini dikatakan ada kaitan dengan wallet pengasas TRON dan CEO BitTorrent, Justin Sun yang telah mengeluarkan sebanyak $4.2 bilion, merangkumi beberapa aset termasuk ETH, WBTC, dan stablecoins dari platform peminjaman pools Aave.

Walaupun pihak media gagal mendapatkan penjelasan daripada figura tersebut, timbul beberapa spekulasi di dalam komuniti kripto.

Salah satunya Sun mungkin terlalu bimbang dengan sekuriti protokol DeFi, lagi-lagi selepas Cream Finance (CREAM) digodam sehingga kehilangan $130 juta.

Disebabkan itu, syarikat Gauntlet yang menguruskan Aave telah mengeluarkan cadangan untuk memansuhkan pinjaman SUSHI, DPI, dan token LP (liquidity provider) di pasaran AMM kerana mahu mengurangkan kebimbangan masyarakat.

Protokol ini dipercayai mempunyai kelemahan yang sama seperti Cream Finance, mendorong keputusan Gauntlet untuk menghentikan pinjaman aset-aset tersebut.

Maka, tidak hairanlah mengapa Sun bertindak demikian sebagai langkah berhati-hati ketika usaha itu diterapkan ke dalam protokol Aave, berkuatkuasa pada 1 November.

Ekoran daripada itu, Aave susut ke kedudukan ke-8 bagi kategori platform DeFi mengikut jumlah TVL. Aave juga diatasi oleh Dai (DAI), Fantom (FTM), Chainlink (LINK), Wrapped Bitcoin (WBTC), Avalanche (AVAX), Uniswap (UNI), dan Terra (LUNA).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat