“Trump Mengamuk di Twitter Minta Jepun dan China Membayar Kos Melindungi Selat Hormuz”

2,278

Berikutan ketegangan di Selat Hormuz, Trump minta China dan Jepun supaya membayar kos untuk melindungi laluan perdagangan itu dari ancaman pengganas.

Trump dalam tweet terbarunya mengatakan yang China mendapat 91% perdagangan minyak dari laluan selat itu dan Jepun sekitar 62%.

“China mendapat 91% Minyak dari selat itu, Jepun 62%, dan banyak negara lain juga. Jadi mengapa kita melindungi lorong perkapalan untuk negara lain (bertahun-tahun) untuk pampasan sifar. Semua negara ini harus melindungi kapal mereka sendiri dari apa yang selalu berlaku”

Dalam tweet berikutnya beliau menyambung…

“Kita tidak perlu berada di situ dan AS baru sahaja menjadi (setakat ini) pengeluar Tenaga terbesar di dunia! Permintaan AS untuk Iran sangat mudah – Tiada Senjata Nuklear dan Tiada Lagi Penajaan Pengganas!”

Dalam pada itu tersiar gambar Setiausaha Luar Amerika Syarikat bertemu King Salman dalam membicarakan tentang keselamatan Selat Hormuz.

Sebelum ini ketegangan di Selat Hormuz adalah berikutan Trump menuduh Iran bersubahat dengan pengganas dalam mengebom dua kapal minyak berikutan ketegangan antara puak Syiah Houthi (dikatakan ditaja Iran) dan Arab Saudi.

Trump juga menyelar tindakan Fed yang menaikkan kadar faedah terlalu cepat sebelum ini.

Setakat ini (jam 8.55pm waktu Malaysia) tiada reaksi pasaran bergerak atas tweet ini. Dijangka pasaran akan mula memberikan impak pada jam 9.30pm (waktu Malaysia) apabila pasaran AS di buka sebentar lagi. Jaga-jaga.

Baca : Kenapa Hanya Analisis Teknikal Tak Cukup Untuk Jadi Forex Trader Yang Profitable

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat