Ulasan Berita Saham Lokal Untuk Trader Pada Hari Ini (Sesi Penutupan) – 27/5/2019

436

Bursa Malaysia ditutup 0.19 peratus lebih tinggi pada hari ini berikutan minat belian baharu oleh dana-dana institusi yang diterajui kuanter kewangan.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 3.03 mata lebih tinggi pada 1,601.35 selepas dibuka 6.12 mata lebih baik pada 1,604.44.

Pada hari ini, UWC Bhd yang merupakan sebuah syarikat syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu dilaporkan sedang menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada tahun ini. UWC telah memeterai perjanjian jamin dengan Hong Leong Investment Bank (HLIB) pada hari ini sempena tawaran awam permulaan (IPO). IPO tersebut akan membabitkan terbitan awam sebanyak 70 juta saham baharu.

Di sisi lain, firma penyelidikan Citibank, Citi Research hari ini telah menaik taraf penarafan saham Astro daripada “Neutral” kepada “Beli”. Secara ringkats, menurut analisis, pendapatan Astro sedang berada dalam trend menurun pada ketika ini, namum kepelbagaian pendapatan akan membolehkan firma Astro lebih stabil. Saham Astro sedikit meningkat pada ketika ini setakat jam 09.45pm.

Digi Telecommunications Sdn Bhd pada hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama ZTE (M) Corp Sdn Bhd bagi meneroka potensi teknologi 5G di Malaysia. Kerjasama tersebut adalah bertujuan untuk menjadikan teknlogi 5G suatu realiti di Malaysia.

TH Plantations Bhd yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Haji dengan memegang saham sebanyak 73.84% dilaporkan mencatat kerugian pada sukuan yang berakhir pada bulan Mac. Hal ini berikutan oleh harga jualan pengeluaran yang rendah. Hasil sukuan jatuh sebanyak 5% kepada RM115.28 juta daripada RM121.24 juta berbanding tahun lepas.

WCT Holdings Bhd’s (WCT) pula disisi lain mencatat keuntungan bersih dengan naik 8.8% kepada RM40.32 juta pada sukuan pertama tahun ini berikutan sumbangan daripada pembangunan hartanah dan pelaburan hartanah. Walaubagaimanapun, firma tersebut mencatat kemerosotan dalam hasil sukuan iaitu jatuh 4.66% kepada RM514.65 juta. Menurut WCT, hasil yang rendah kerana kebanyakkan projek sedia ada sudah hampir selesai dan beberapa projek baru masih berada dalam fasa awal.

Press Metal Aluminium Holdings Bhd’s mencatat keuntungan bersih yang rendah apabila jatuh 23.51% pada sukuan pertama kepada RM115.11 juta berbanding tahun lalu iaitu pada RM150.48 juta. Perkara ini adalah disebabkan harga loga yang lemah dan kos bahan mentah yang tinggi.

Deleum Bhd pula mencatat keuntungan bersih dua kali lipat pada sukuan pertama tahun ini. Jumlah hasil per saham naik kepada 0.7 sen daripada 0.35 sen.

Utusan Melayu (M) Bhd terus mencatat kerugian pada sukuan pertama tahun ini. Jumlah kerugian syarikat tersebut meningkat daripada RM5.85 juta kepada RM8.05 juta. Hasil sukuan jatuh lebih daripada separuh iaitu 51.8%. Menurut analisis, kejatuhan hasil adalah disebabkan kurangnya penerbitan dan pengiklanan.

Sebuah syarikat penghantaran GD Express Carrier Bhd (GDex) mencatat keuntungan 2 kali lipat pada sukuan pertama tahun ini iaitu meningkat daripada RM2.62 kepada RM5.43 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat