US Dolar Terlalu Banyak Dipengaruhi Kepadatan News & Data Ekonomi Minggu Ini

1,027

US dollar didagangkan tidak menentu sepanjang minggu ini sehingga membuat pergerakan volatile berbanding matawang-matawang utama yang lain. Sememangnya ini adalah minggu yang begitu sibuk kepada pasaran dengan banyaknya data-data ekonomi penting yang dikeluarkan termasuk NFP pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, ada banyak isu yang tidak terduga timbul iaitu perletakan jawatan Gary Cohn dan laporan bahawa Korea Utara bersedia menamatkan program nuklearnya. Minggu ini saja sentimen berubah dalam masa yang singkat sehingga menyebabkan naik-turun matawang Yen dan USD. Dalam masa yang sama isu-isu ini juga menyebabkan volatility kepada US dolar.

Awal minggu ini US dollar agak tertekan disebabkan oleh kebimbangan terhadap tariff A.S. dan ‘perang perdagangan’ di mana jelas dilihat USD melemah berbanding matawang Euro, GBP, Aussie dan Kiwi. Hal ini menyebabkan pelabur menjual USD dan beralih ke matawang-matawang utama yang lain.

Negara yang banyak terkesan oleh polisi tariff A.S. ini adalah Kanada kerana jumlah eksport yang besar ke negara jirannya Amerika. Dolar Kanada (CAD) jatuh mendadak pada Isnin disebabkan kebimbangan terhadap perkara ini. Pada Selasa, CAD menguat semula apabila Trump menawarkan pengecualian kepada Kanada dengan syarat mereka mempersetujui perjanjian NAFTA yang baru. Rabu pula, CAD melemah semula pada pukul 6 pagi waktu Malaysia apabila Gary Cohn dikhabarkan meletakkan jawatan sebagai penasihat ekonomi Trump. Ia dilihat satu perkara negatif kepada CAD kerana Cohn cuba menghalang tariff dikenakan kepada negara-negara luar terhadap import keluli dan aluminium ke A.S. Namun, sentimen menjadi semakin baik kepada Kanada pada hari sama dalam lewat sesi dagangan apabila CAD menguat semula kerana potensi pengecualian cukai kepada Kanada.

Pergerakan matawang EUR/USD pada awal minggu lebih banyak dipengaruhi oleh kelemahan USD sehinggalah mesyuarat ECB pada Khamis menyebabkan junaman oleh matawang Euro kerana komen dovish Mario Draghi dalam sidang media pada Khamis.

Pengukuhan matawang US dollar terhadap Yen sejak daripada Rabu banyak disumbangkan oleh laporan bahawa Korea Utara sedia berunding. Laporan terbaru menunjukkan pertemuan antara Presiden Trump dan Kim Jong Un sedang dirancang oleh kedua-dua pihak.

Kuasai Analisis Fundamental/Sentimen Dengan Buku Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat