Villeroy Mahukan Peraturan Yang Lebih Mudah di Dalam Kesatuan Perbankan EU

42

Ahli Pengelola Lembaga ECB, Francois Villeroy de Galhau berkata bahawa Kesatuan Eropah perlu menetapkan peraturan yang mudah terhadap modal perbankan bagi melengkapak Kesatuan perbankan di bawah penyeliaan keseluruhan sektor tunggal EU.

Bercakap di Paris, beliau yang menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pengawal Selia Sektor Kewangan ACPR Perancis berkata bahawa EU perlu memberi penyelarasan yang baik di antara penyelia tunggal di di Bank Pusat Eropah, Suruhanjaya Eropah dan pengawal selia negara.

Selepas Kesatuan Perbankan diwujudkan dalam tempoh dua setengah tahun, kemajuan yang jelas dapat dilihat melalui sektor ini. Namun begitu, Villeroy memberitahu pemberita bahawa penggubalan peraturannya masih belum sempurna. Selain itu peraturan yang digubal juga perlu lebih mudah.

Villeroy juga diminta mengulas mengenai penyelesaiaan pantas mengenai masalah perbankan di Itali dan Portugal. Beliau juga berpendapat bahawa masalah tempatan tidak seharusnya dikaitkan dengan imej sektor perbankan Eropah secara keseluruhannya.

Sentimen Semasa yang Melanda Matawang USD dan EUR dalam Sesi Eropah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat