Zuckerberg Terkilan, WhatsApp Kini Lagi ‘Function’ Dari Metaverse

188

‘Keputusan yang berat terpaksa diambil memandangkan syarikat perlu survive.’

Aplikasi permesejan WhatsApp dan Messenger milik Meta Platform Inc kini menjadi peneraju utama kepada pertumbuhan penjualan syarikat, menggantikan teras perniagaan metaverse  yang diusul sebelum ini.

Asas tersebut dibentangkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mark Zuckerberg dalam mesyuarat terbuka pertama syarikat selepas membuat keputusan pembuangan pekerja besar-besaran Meta beberapa minggu lepas.

Dalam kenyataannya, Zuckerberg mengatakan syarikat memfokuskan penjanaan wang (monetise) terhadap WhatsApp dan Messenger untuk beberapa tahun mendatang sementara metaverse adalah pelaburan jangka panjang.

Keputusan terpaksa diambil syarikat selepas membuang 11,000 pekerja buat kali pertama sejak penubuhannya, selain mengatakan peluang monetise pada aplikasi pemesejan tersebut lebih besar dari pengiklanan dalam Fecebook atau Instagram.

Dalam pada itu, komen Zuckerberg tampak corak peralihan fokus perniagaan syarikat daripada teras metaverse yang tidak mendatangkan keuntungan sejak penstrukturan kepada Meta Platform Inc.

Pelabur sebelum ini sering menyuarakan kebimbangan terhadap pelan pelaburan jangka panjang Meta tersebut sehingga menyebabkan saham syarikat susut separuh.

Pada mesyuarat tersebut juga Zuckerberg dilihat menyentuh berkenaan Reality Labs, unit yang bertanggungjawab dengan pelaburan metaverse syarikat.

Ulasnya bahawa syarikat telah melaburkan 20% bajet ke unit Reality Labs dalam meneraju infrastruktur augmented reality (AR) dengan pengeluaran cermin mata pintar namun ‘jauh dari masanya’.
setakat penulisan ini saham Meta diniagakan naik 0.54% pada $112.05.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat