Bolehkah Bitcoin (BTC) Tembus $60,000?

886

Nilai pasaran bagi keseluruhan matawang kripto berjaya mencatat rekod $2 trilion ketika Bitcoin (BTC) terus mengukuh menuju ke paras $59,000 pada hari ini.

Pada masa yang sama, raja kripto itu juga berhadapan dengan rintangan di paras $60,000 dengan ketidaktentuan yang berkurangan dan harga BTC kini didagangkan antara $57,000-$59,000.

Data oleh Santiment mendedahkan bahawa buy call Bitcoin sedang berada di ketinggian tiga minggu dan tahap terakhir yang dilihat pada 13 Mac.

Selain itu, pelabur long-term dilihat tidak mencairkan pegangan mereka. Pemain besar juga dilihat membuat pembelian kripto dalam sejumlah yang besar dan memindahkan simpanan mereka daripada platform pertukaran ke dalam cold storage.

Data daripada Glassnode pula menunjukkan baki Bitcoin di kebanyakkan pertukaran telah berada di paras terendah dua tahun. Sumber yang sama turut mendedahkan net position pelombong Bitcoin telah berubah kepada hijau, menunjukkan mereka sedang memegang koin yang baru dilombong.

Malah indikator yang dilaraskan SOPR (aSOPR) turut menunjukkan terdapat pengurangan keuntungan, membawa maksud pelabur masih yakin terhadap pasaran ini. Faktor ini akan mendorong kepada kenaikan harga di kemudian hari.

Hash rate Bitcoin berada di paras tertinggi sepanjang masa (ATH), menunjukkan pelombong tidak mencairkan Bitcoin mereka dan minat terbuka niaga hadapan Bitcoin bagi seluruh platform pertukaran telah melepasi $20 bilion sepanjang minggu lepas.

Pemain dan syarikat besar mula mengaut Bitcoin pada harga semasa. Misalnya, MicroStrategy telah mengumumkan pelaburan terbaru dalam 2000 Bitcoin yang bernilai $15 juta. Manakala, Grayscale Investment buat masa sekarang sedang berusaha memasuki pasaran (exchange-traded fund) ETF Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat