Harga Minyak Mentah Meningkat, Dagangan Emas Melonjak Lebih Tinggi

588

Kebimbangan terhadap ketegangan hubungan antara dua ekonomi gergasi dunia, Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat, terus mendorong dagangan emas ke paras ketinggian lebih 7 tahun.

Harga emas melonjak kepada $1,763.65 per auns pada sesi Asia, mencecah paras tertinggi yang pernah direkodkan sejak November 2012, setelah memperoleh keuntungan selama empat hari berturut-turut pada minggu lalu.

Ketegangan hubungan AS dan China bertambah parah apabila Beijing membalas tindakan sekatan Amerika ke atas Huawei, dengan memberi amaran bahawa syarikat-syarikat teknologi seperti Apple dan Qualcomm mungkin disenaraihitamkan.

Hal ini bertambah parah apabila penasihat perdagangan White House, Peter Navarro pula mendakwa bahawa Beijing sengaja menghantar sehingga ribuan pesawat ke Milan, New York dan seluruh dunia untuk menyebarkan wabak coronavirus setelah menyembunyikannya daripada dunia selama dua bulan.

Presiden AS Donald Trump juga memberitahu bahawa beliau ‘tidak gembira’ dengan perjanjian perdagangan fasa 1 yang dicapai Januari lalu, walaupun Pengarah Majlis EKonomi Negara, Larry Kudlow memaklumkan pada hari Jumaat bahawa kedua-dua negara masih berusaha untuk melaksanakan perjanjian tersebut.

Sekiranya pertikaian ini berlanjutan, ia mungkin akan menambah tekanan kepada pemulihan ekonomi AS yang pada awalnya dijangkakan oleh Pengerusi Federal Reserve AS (Fed), Jerome Powell akan berlanjutan sehingga akhir tahun 2021.

Dalam satu temubual pada Ahad, Powell memberitahu bahawa ekonomi AS mungkin menguncup sehingga 30% pada suku kedua tahun ini dan pemulihan sepenuhnya adalah bergantung kepada perkembangan dalam pembangunan vaksin.

Sementara itu, harga minyak turut melonjak dengan kenaikan lebih $1 setong, disokong oleh pemotongan pengeluaran yang berterusan dan tanda-tanda pemulihan dalam permintaan terhadap bahan bakar ketika lebih banyak negara kini mula melonggarkan sekatan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 41.19 kepada $33.69 setong, sementara WTI Amerika Syarikat meningkat $1.26 kepada $30.69 setong menjelang berakhirnya kontrak harga WTI bagi bulan Jun pada hari Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat