Ini Strategi Twitter Untuk Bangkit Semula

145

‘Elon Musk tak Elon Musk, syarikat tetap kena berkembang jugak.’

Sumber dalaman Twitter Inc menyatakan ketersediaan syarikat untuk melaksanakan rancangan bagi meningkatkan pertumbuhan penggunanya pada suku ini.

Dipercayai perkara tersebut dibuat bagi mencapai sasaran pertumbuhan suku terbaiknya yang dicatat pada 2020, selepas mengalami penuruan harga saham yang mendadak sejak akhir-akhir ini.

Sebagai rekod, catatan pertumbuhan pengguna tertinggi Twitter adalah 20 juta pengguna pada suku ke-2 2020, ketika wabak Covid-19 melanda yang memaksa pengguna bersosial di alam maya.

Selain itu, krisis Rusia-Ukraine juga membantu catatan cemerlang suku pertamanya tahun ini sebelum ia menurun 4% pada 8.5 juta pengguna semasa suku lepas.

Menurut sumber dalaman tersebut, Twitter menyasar untuk meraih 13 juta pengguna dengan mengembangkan pengguna aktif harian yang boleh diwangkan (monetizable) atau meningkatkan jumlah pengguna yang melihat pengiklanan.

Ia sekaligus selari dengan aspirasi syarikat dan jangkaan Wall Street yang menetapkan purata unjuran pertumbuhan sebanyak 9 juta.

Tambah sumber itu lagi, Twitter akan tetap meneruskan rancangan tersebut walaupun masih terapit dengan isu perjanjian pemerolehan oleh Elon Musk yang kekal tertangguh sehingga sekarang.

Antara isu baharu adalah ugutan Musk untuk menamatkan perjanjian pemerolehan kerana Twitter dikatakan cuba menghalang hak jutawan tersebut untuk menerima maklumat syarikat.

Dalam pada itu, saham Twitter telah mencanak 1% ketika pertengahan sesi dagangan di New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat