Presiden Trump Label Malaysia Sebagai Antara Negara yang “Menipu Perdagangan”

179

Pihak kerajaan menafikan sebagai ‘menipu perdagangan’ dan sedang mengambil langkah untuk mengkaji semula semua aktiviti perdagangan bilateral, khususnya dengan Amerika Syarikat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, Malaysia telah menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa yang bebas dan adil. Dalam masa yang sama Mustapha menyangkals tuduhan Presiden Trump bahawa Malaysia sebagai ‘penipu perdagangan’.

Beliau berkata, Malaysia tidak pernah memanipulasi matawang atau menjalankan perdagangan yang menyalahi undang-undang antarabangsa termasuk Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

“Data perdagangan menunjukkan kita mempunyai lebihan dagangan di sekitar US$6 billion. Tetapi data yang dinyatakan oleh AS melebihi amaun tersebut.”

“Dari aspek perdagangan, kita begitu yakin polisi yang kita patuhi adalah mengikut piawaian antarabangsa, termasu yang ditentukan oleh WTO,” tambahnya.

Malaysia adalah salah sebuah negara dari 16 negara yang dilabel sebagai ‘penipu perdagangan’ oleh Trump dalam kenyataan terbarunya yang menjadi penyebab AS berhadapan dengan defisit perdagangan hampir US$50 billion.

Negara-negara lain yang dilabel sebagai ‘penipu perdagangan’ adalah China, Jepun, Jerman, Mexico, Ireland, Vietnam, Korea Selatan, India, Thailand, Perancis, Switzerland, Taiwan, Indonesia dan Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat