Saham Amerika Syarikat Mengalami Kejatuhan Sekitar 4% Bagi Kedua Kalinya Dalam 1 Minggu.

390

Saham Amerika Syarikat ditutup jatuh dalam sekitar 4% berikutan pembetulan harga.

Pada awal minggu ini bursa saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) telah mengalami kejatuh menjunam apabila Indeks Dow Jones jatuh 4.60% kepada 24.354 mata. S&P 500 jatuh 4.10% menjadi 2.648 mata dan Nasdaq juga mencatat kejatuhan sebanyak 3.78% kepada 6.967 mata. Kejatuhan Indeks Dow Jones sebanyak 4.60% adalah kejatuhan terbesar sejak Ogos 2011. Hampir 1 trillion US dolar hilang dalam sekelip mata.

Sejurus selepas kejatuhan saham, harga saham mula mencatat peningkatan kembali. Namun pada hari ini, bursa saham US mengalami nasib yang sama pada awal minggu walaupun tidak seteruk yang telah dialami.

Indeks Dow Jones jatuh 1032.89 mata atau 4.15% . Indeks S&P 500 jatuh 3.75% dan indeks Nasdaq jatuh 3.9%.

Menurut pakar ekonomi penyebab kejatuhan indeks saham global adalah disebabkan kekhuatiran pelabur terhadap kenaikan harga.

Berdasarkan pakar ekonomi, paras inflasi kebanyakkan negara maju adalah pada paras 2-3%. Bank pusat juga menyakini bahawa hal ini juga baik bagi negara-negara maju.

Namun pada akhir minggu lepas data ekonomi US menunjukkan upah US naik sehingga 2.9%. Peningkatan data ekonomi tersebut menimbulkan kekhuatiran bahawa harga-harga akan segera naik.

Kenaikan harga-harga pula akan mendorong the Fed untuk menaikkan kadar faedah dan hal ini menimbulkan kekhuatiran pelabur.

Tambah penganalisis, kejatuhan terkini adalah disebabkan pembetulan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat