Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

63

Pemain-pemain pasaran akan memberi tumpuan terhadap penetapan polisi monetari Bank of England pukul 7 petang ini, ucapan ahli ECB Constancio dan Praet dan juga Fed Dudley.

Pasaran saham Asia majoritinya didagang lebih tinggi mengikuti trend pergerakan pasaran di Wallstreet disokong oleh prestasi bertenaga kaunter tenaga. Ini telah memberi dorongan kepada ASX200 naik 0.1%.

Nikkei 225 ditutup 0.4% lebih tinggi yang terus dipacu oleh faktor kelemahan Yen di mana indeks ini meneruskan kenaikan ke paras tertinggi sejak 2015. Hang Seng naik 0.4%, manakala Shanghai komposit susut 0.4% berikutan kejatuhan harga komoditi dan regulasi yang semakin ketat di China.

Dalam pasaran forex Nzd/Usd memulakan hari ini dengan kejatuhan melebihi 100 pip ke paras terendah 11 bulan yang lalu selepas RBNZ mengekalkan kadar di paras 1.75%. Apa yang mengejutkan pasaran adalah RBNZ masih lagi mengatakan polisi akan kekal akomodasi dalam tempoh yang akan ditentukan kemudian. Kenyataan ini adalah lebih ‘dovish‘ daripada jangkaan di mana pasaran menjangka akan ada komen yang berkecenderungan kepada pengetatan.

Aud/Usd juga mendapat tekanan daripada penetapan kadar RBNZ pagi tadi yang dilihat sebagai faktor serantau (regional factor). Selain itu, harga komoditi yang rendah di China terus memberi kesan kepada Aud/Usd.

Gabenor Wheeler menyatakan bank pusat adalah neutral terhadap polisi monetari di mana bagi menaikkan kadar faedah, jangkaan inflasi harus meningkat dahulu.

Dalam pasaran komoditi yang berpusat di China harga biji besi (Dalian Iron ore) meneruskan kejatuhan 5% semasa pembukaan pasaran. Manakala pasaran minyak mentah global meneruskan kenaikan kini didagang di sekitar $48.32 setong bagi WTI selepas data inventori US semalam mencatat kemerosotan sebanyak 5.2 juta tong minggu lalu.

Di US, Fed Rosengren mengulangi pendiriannya dan menyokong tiga kali kenaikan kadar tahun ini dengan pengurangan penyata imbangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat