Vaksin Lebih Berkesan? WHO Beri Amaran Dunia Belum Selamat

445

Jangan terlalu selesa dengan kemunculan keberkesanan lambakan vaksin baru-baru ini kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan vaksin koronavirus tidak akan membantu sepenuhnya dunia untuk menangani jangkitan COVID-19 terutama ketika musim sejuk di Eropah dan Amerika Utara.

Perasan atau tidak sejak Pfizer mengumumkan 90% keberkesanan vaksin mereka, media memaparkan lambakan firma yang mendakwa vaksin mereka jauh lebih berkesan?

Bermula dengan keberkesanan vaksin Sputnik V dan kemudian Moderna dengan jaminan 94% berkesan. Terbaru, Pfizer mendakwa vaksin mereka 95% berkesan susulan analisis data yang terakhir.

Fuhh..berlumba-lumba firma farmaseutikal ini mahukan ‘kemenangan’.

Untuk mengedar vaksin ke Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia sahaja sudah menelan tempoh masa yang lama, berbulan-bulan dan paling lama mungkin lebih daripada setahun.

Menurut pengarah eksekutif program kecemasan kesihatan WHO, Dr. Mike Ryan, jika manusia hanya bergantung kepada vaksin dan melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan seluruh dunia, jumlah jangkitan tidak akan turun kepada sifar.

Ini bermakna, vaksin yang dibangunkan adalah sebagai sebahagian daripada keperluan untuk mengelak dari jangkitan berterusan.

Maka, kepatuhan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka, elak dari pertemuan ramai dan kebersihan tangan adalah wajar diteruskan selari dengan penggunaan vaksin COVID-19 kerana melalui cara itu, walaupun tanpa kehadiran vaksin penularan wabak terbukti berjaya dicegah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat