12 Jutawan Kripto Rugi Lebih $15 Bilion Diheret Amukan Pasaran!

4,582

Hanya dalam 9 hari sahaja, seramai 12 pelabur yang juga jutawan kripto menelan kerugian sekitar $15.5 bilion, menyaksikan penyusutan mendadak dalam nilai kumulatif dalam aset mereka daripada $62.3 bilion kepada $46.8 bilion!

Mimpi ngeri itu tidak lain tidak bukan disebabkan pasaran kripto yang memburuk sejak 10 Mei, didorong oleh penurunan harga Bitcoin (BTC) sehingga 36% dalam tempoh tersebut.

Harga BTC susut mendadak daripada paras $59,000 pada 10 Mei kepada paras terendah sejak Januari lalu, $30,846 pada 19 Mei.

Menurut Forbes, pelabur kripto dan pengasas firma pelaburan kripto, Alameda Research, Sam Bankman-Fried, merupakan biggest loser berdasarkan nilai dolar. Dikatakan pada 10 Mei ketika Bitcoin mencatatkan harga kemuncak, Fried memiliki aset bernilai $16.7 bilion sebelum bertukar kepada $11.5 bilion pada 19 Mei.

Ini menjadikan kerugian yang ditelan Fried mencecah $5.2 bilion! Mindblown!

Pengasas Ethereum, Vitalik Buterin juga telah hilang jolokan ‘jutawan kripto termuda’ apabila jumlah asetnya jatuh kepada rekod $850 juta daripada $1.4 bilion.

Selebihnya termasuklah:

  • CEO Coinbase Global, Brian Armstrong: rugi $1.5 bilion
  • Pengasas bersama Ripple, Chris Larsen: rugi $1.3 bilion
  • Pengasas bersama Stellar, Jed McCaleb: rugi $1.6 bilion
  • Tyler dan Cameron Winklevoss: rugi $1.1 bilion
  • Pengasas bersama Coinbase, Fred Ehrsam: rugi $0.5 bilion
  • CEO Microstrategy, Michael Saylor: rugi $1.5 bilion
  • Pengerusi Bloq, Matthew Roszak: rugi $1.1 bilion
  • CEO Digital Currency Group (DCG), Barry Silbert: rugi $0.3 bilion
  • CEO Binance, Changpeng Zhao: tiada kerugian dicatatkan
  • Tim Draper: rugi $0.7%

Hala tuju yang tidak menentu dalam pasaran kripto sejak kebelakangan ini telah mendorong kebanyakan pelabur institusi untuk beralih kepada emas. Terbaru, Secuerities and Exchange Commission (SEC) dan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dikatakan semakin bertegas terhadap sektor kripto dengan pengenalan beberapa undang-undang terbaru.

Ketika penulisan, Bitcoin bertahan di paras $40,279 dengan peningkatan hampir 1% dalam 24 jam. Raja kripto itu kini memiliki dominasi pasaran kripto pada kadar 43%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat