Terkini: Kebarangkalian Kenaikan Kadar The Fed Pada Disember

49

Pada mesyuarat FOMC minggu lepas, The Fed (Bank Pusat US) mengekalkan kadar pada 0.50%. Pengekalan kadar telah pun dijangka oleh para penganalisis ekonomi atas faktor pilihanraya presiden US yang akan berlangsung esok.

Pada ketika ini kebarangkalian kenaikan kadar pada Disember adalah 66.8%. Namun, kenaikan kadar ini berhadapan halangan terakhir iaitu potensi kemenangan berpihak kepada Donald Trump. Rajah di bawah menunjukkan kebarangkalian kenaikan kadar yang dikeluarkan oleh CME Group.

land-37
Sumber: CME Group

Setakat ini data yang menjadi tumpuan oleh The Fed ialah data NFP (Non-Farm payroll) yang dikeluarkan minggu lepas. Data menunjukkan pertambahan pekerjaan yang kurang daripada jangkaan, namun masih stabil. Manakala data kadar pengangguran susut kepada 4.9% dari 5% dan average hourly earnings meningkat dari 0.3% kepada 0.4%. Walaupun pertambahan pekerjaan adalah kurang dari jangkaan, data ini dilihat masih stabil dan peningkatan pendapatan sebenarnya meningkatkan lagi kebarangkalian kenaikan kadar pada Disember.

Pada mesyuarat 2 November itu, pihak bank pusat mengatakan, kos pinjaman sudah menunjukkan tanda kenaikan berikutan kenaikan dalam kadar inflasi.

Pun begitu, ada penganalisis mengatakan kemenangan Trump dari calon Republikan akan mengubah situasi ekonomi US. Hal ini disebabkan Trump dilihat mungkin akan mengubah polisi sedia ada berbanding Clinton yang akan banyak mengekalkan polisi kerana faktor dari parti Demokrat bersama Presiden Barack Obama.

Menurut seorang penganalisis di TD securities NewYork, Priya Misra, “Kebarangkalian Kenaikan kadar pada Disember akan jatuh kepada 20% jika Trump menang dalam pilihanraya”. Menurutnya pasaran ekuiti akan jatuh, dollar melemah dan pasaran baru (emerging market) dunia turut jatuh.

Trump juga dilihat akan mempengaruhi kebebasan The Federal Reserve (bank pusat) sebagai pembuat polisi monetary. Hal inilah yang sebenarnya tidak disukai oleh pelabur-pelabur kerana ketaktentuan dalam polisi Negara dan ekonomi yang akan mengganggu pelaburan mereka. Ketaktentuan inilah yang akan kita saksikan pada Rabu nanti. Keputusan undian dijangka akan diketahui pada Rabu 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

 

Kami Sediakan Penjelasan Yang Lebih Jelas Tentang Kaitan Mesyuarat FOMC Pagi Tadi dan PIlihanraya Presiden AS Minggu Depan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat